Isnin, 18 November 2013

Selamat Datang Ke Imtiyaz


         Alhamdulillah bersyukur pada Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat saya menulis serba sedikit mengenai blog SekolahKu Imtiyaz. Blog ini baru ditubuh baru lagi dalam tahun ini. Diatas permintaan daripada guru besar Sekolah Rendah Imtiyaz, maka tertubuhlah sebuah blog yang di beri nama SekolahKu Imtiyaz. Inshaa Allah selepas ini, semua pihak tidak kira pelajar, guru mahu pun ibu bapa boleh membaca dan mengetahui segala aktiviti-aktiviti yang telah pihak sekolah sediakan. Inshaa Allah blog ini akan sentiasa akan di "Update" untuk semua yang gemar mengetahui apa sekolah sudah lakukan.

         Baik seperti yang kita semua ketahui, Sekolah Rendah Imtiyaz ini bernaung di bawah Akademi Ikatan Muslim serta bekerjasama dengan Jabatan Agama Negeri Perak. Jadi di dalam pembentukkan sekolah ini,pihak lembaga sekolah telah membuat satu falsafah pendidikan iaitu :

 Falsafah Pendidikan SRIM

     " Pendidikan di SRIM adalah pendidikan yang berteraskan Tauhid dan bermatlamat bagi membina, membentuk dan melahirkan insan rabbani yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri , keluarga, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang terkini, seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan."
  
Motto Sekolah

    " Bersama Melahirkan Generasi Harapan Ummah "